Header Ads

Pemantauan Pegawai ICT BSSK dan kesian ustazah..

Sekali lagi sekolah ini dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Sukan Seni dan Kurikulum (BSSK). Pada kali ini Cik Rohaniah selaku pegawai ICT BSSK dan juga Pn Mimi serta Pn Rawiyah membuat semakan ke atas peralatan PPSMI dan peralatan ICT yang terdapat di sekolah.

Pada kesempatan itu juga, Ustazah Raja telah mengemukakan masalah mengisi borang e-tukar kerana permohonan pertukaran beliau tidak diterima oleh sistem e-tukar tersebut.

Menurut ceritanya, kategori sekolah seni tak dimasukkan dalam sistem tersebut. Maka beliau tidak dapat hantar borang itu secara online.


Kesian ustazah, di sini dia tinggal sorang-sorang dengan anaknya yang baru aje berusia 2 bulan. Suami dan 2 anaknya yang lain berada di Tumpat, Kelantan. Macam mana tu? Bukannya selalu boleh jumpa.

Takut nanti anak dia di kelantan tak ingat mak dia pulak.

Apapun aku harap ustazah tabah menghadapinya dan kami berdoa agar beliau dapat bertukar mengikut suami.

Statistik yang diberitau oleh Pn. Mimi menunjukkan bahawa terdapat lebihan guru agama di kelantan iaitu berjumlah 400 orang.
Orang kata kalau dah duduk kelantan, hmmm memang tak nak tukar la, aku pun kalau boleh nak pindah kelantan. kih kih

Tukar opsyen pun bagus jugak. Ajar Bahasa Inggeris. Ustazah memang pandai bahasa inggeris.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sabar lah ye ustazah.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">