Header Ads

Teater Muzikal Si Bongkok Tanjong Puteri

Pelajar tingkatan satu dan dua SSJB akan menunjukkan persembahan mereka sebagai pemuzik dan penyanyi latar teater ini. Mereka telah menunjukkan satu persembahan yang mengkagumkan pada persembahan malam tadi.

Di samping itu beberapa orang pelajar lain turut mengambil bahagian sebagai pelakon tambahan dan penari.

Bagi Seni Visual pula, pelajar-pelajar SSJB membuat pameran seni visual mereka di ruang bawah Plaza Kotaraya Johor Bahru.

Kepada semua yang terlibat menjayakan persembahan teater muzikal tersebut diucapkan jutaan tahniah kerana memberikan satu persembahan yang bermutu.

Semoga pada malam ini, mereka akan menghasilkan persembahan yang lebih mantap lagi apatah lagi dengan kehadiran Menteri Besar Johor dan anggota-anggota EXCO negeri Johor yang turut dijadualkan menyaksikan persembahan ini nanti.

Semoga selepas persembahan ini nanti mereka akan lebih mengenali dan mengetahui tentang kewujudan sekolah seni di negara kita dan khususnya sekolah seni di Johor Bahru.

Dan semoga proses mengenalpasti lokasi tapak sekolah ini akan lebih segera dijalankan.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">