Header Ads

Bengkel Kajian Tindakan dan SPSK

Seramai 44 orang guru telah menghadiri Bengkel Kajian Tindakan dan Ceramah Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti yang telah dijalankan pada hari Sabtu 14 Januari 2012 bertempat di Studio Muzik bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.

Bengkel ini adalah salah satu Program Latihan Dalam Perkhidmatan yang telah dirancang oleh Unit Perkembangan Staf SPSK Sekolah Seni Johor Bahru.

Bengkel Kajian  Tindakan telah disampaikan oleh En Tee Tiam Chai , PK HEM SSJB, manakala Ceramah Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti telah disampaikan oleh Cik Hjh Norziah Aziz, PK Akademik dan Pentadbiran.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Hjh Rohana Ismail , Pengetua Sekolah Seni Johor Bahru.
Antara pengisian bengkel tersebut adalah penerangan mengenai Konsep Kajian tindakan, Panduan pelaksanaannya dan perbincangan mengikut bidang matapelajaran.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dan kepada mereka yang telah menaja sarapan pagi ketika bengkel dijalankan.

Gambar sekitar Bengkel Kajian Tindakan dan  SPSK 2012



















1 ulasan

Anak Seni Sulung berkata...

syukur..smoga sekolah seni johor bahru terus sukses dgn pelbagai perancangan yg optimis...sye sebagai bekas pelajar sngat bersyukur mnjadi salah seorg peljar disini dan amat merindui sekolah ini.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">