Sejarah Sekolah Seni Malaysia Johor

 

Sejarah Sekolah 


 Cadangan penubuhan Sekolah Seni Johor Bahru telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004 yang diadakan di Hotel KLIA Sepang pada 30 Okt. hingga 1 Nov. 2004. 

 Y.B Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni di bawah Rancangan Malaysia Ke- 9 iaitu di Negeri Sarawak dan Johor. Sekolah ini beroperasi di premis sementaranya di SMK Mohd Khalid Johor Bahru pada tahun 2007 dibawah pentadbiran pengetua SMK Mohd Khalid . 

 Tahun 2008 sekolah ini telah beroperasi dengan pentadbiran sendiri namun masih menumpang bangunan SMK Mohd Khalid. 

Sekolah ini ditadbir oleh Tuan Haji Ishak bin Mahbob selaku pengetua yang pertama sehingga pertengahan tahun 2008 sebelum diambil alih oleh pengetua sekarang iaitu Cik Hajah Rohana binti Ismail. 

 Pada 27 Disember 2013, Pihak BKK telah menyerahkan blok bangunan SMK Mohd Khalid yang ditumpang kepada SMK Mohd Khalid kerana warga SSeJB akan berpindah ke tapak baru di Bandar Seri Alam, Masai, Pasir Gudang. 

Majlis Penyerahan Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad pada 31 Disember 2013 

Baca : Lawatan Dan Penyerahan Kunci Sekolah Seni Johor Bahru ]


Majlis Perasmian Sekolah Seni Malaysia Johor disempurnakan oleh Yb Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Pada 25 Ogos 2016 di Sek. Seni Malaysia Johor.

Baca : [ Majlis Perasmian Sekolah Seni Malaysia Johor ]